Sebilah keris berbilah hitam berluk 13 yang mempunyai hulu dan sarung diperbuat dari tulang lembu/kerbau. Sarung dan hulunya berukir ringkas tetapi indah dan kemas. Kedua-dua hulu dan sarung mempunyai hasil kerja tangan yang menarik.
Keris tradisional buatan tangan sepenuhnya ini mempunyai nilai yang amat tinggi kerana keunikan buatan hulu dan sarungnya yang dibuat sepenuhnya dari tulang. Ini merupakan senjata keris yang sebenar. Ianya bukan sahaja sesuai untuk tujuan perhiasan tetapi juga untuk tujuan bersilat.