
Feature available to Store Members
Ayahku
* Penulis; Prof Dr. Hamka
* Penerbit; Pustaka Dini.
* Tahun terbit; 2010 (edisi Malaysia Terkini)
* Halaman; 496
Sinopsis
Menyusun riwayat hidup bukanlah perkara mudah. Saya tahun akan kesulitan itu. Oleh sebab itu, hanya riwayat hidup ayah saya inilah permulaan saya menulis biografi yang agak panjang. Tentu sahaja sebagai seorang anak yang tua dan dapat melihat beliau dari dekat, saya lebih banyak mengetahui akan cita-citanya, lingkungannya, kesukaannya, kesenangannya dan perangai-perangainya sebagai manusia. Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting. Iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-kali jangan hendaknya saya lupa akan keadilan, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebih.
Secara adil saya berkata, bahawa memang tidak dapat dinafikan bahawa "orang besar" DR. H.A. K. Amrullah pernah membina riwayat di Indonesia ini iaitu riwayat yang tidak dapat dipandang ringan. Riwayat orang besar perlu dikumpul untuk dijadikan contoh bagi anak cucu. Maka bukanlah kerana semata-mata beliau ayah saya, maka saya yang tampil ke muka lebih dahulu menulis riwayat ini. Tetapi kerana saya mengetahuinya dari dekat dan orang yang mengetahui dari dekatlah yang berhak menulis riwayat hidup seorang besar. Dan kebetulan saya pun seorang pengarang pula. Sedangkan keadaan orang lain saya tuliskan, apatah lagi ayah saya.
Last Updated @ 4/22/2012 6:47:07 AM