|
Sinopsis
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s.
Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco.
Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman
yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya
dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib
tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai
kerajaan.
Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma
Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di
situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya
dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof.
Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’
edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha,
Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’
seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali
bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk,
perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab
dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah
bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap
bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan… siapalah yang dapat
mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan
bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan
sikap hidung belang bosnya itu.
Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa
kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih
daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula
berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini
sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.
Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia
terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula
dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya
ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia
berjaya di kampungnya itu? ? |