|
Sinopsis
Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran,
Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya.
Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.
Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah
ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah
menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada
kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira
terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai
pasangan yang bahagia.
Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal
sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira
sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak
dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah
bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba
masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya?
Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya!
Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi. |