|
Sinopsis
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak
buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara
rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang
dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit
demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan
sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik
terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan
Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia
dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat
besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan
Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial
cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa
Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi
perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang
remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun
strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan
kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya,
dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan
masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah
masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia?
Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha?
Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang
akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang
kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas
hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan,
kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!"
selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada
rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
? |