
Feature available to Store Members
Dilema Melayu
Penulis; Mahathir Mohamad
Penerbit; Marshall Cavendish
Tahun; 1970
Cetakan semula; 2009, 2010 dan 2011
Halaman; 216
Sinopsis
Dilema Melayu pertama kali diterbitkan pada tahun 1970 yang banyak menimbulkan kontroversi. Tafsiran yang dibaut oleh Dr. Mahathir mengenai apa yang berlaku membuatkan pengarangnya terpaksa mempertahankan pendapat dan kenyataannya.
Tulisan ini bukanlah suatu kajian yang objektif. Bagaimanapun buku ini diterbitkan kerana tulisannya mencerminkan cara pemikiran dan kepercayaan orang Melayu yang moden, berpelajaran dan progresif. Pada masa lalu orang Melayu selalunya melindungi rakan dan musuh mereka daripada mendapat malu dan dengan berbuat begitu mereka menyelubungi pemikiran mereka yang sebenar. Inilah reaksi beliau terhadap masalah masa kini, iaitu masalah paling penting yang dihadapi oleh Malaysia.Beginilah pemahaman orang Melayu yang cenderung pada politik terhadap masa lampau, menerangkan tingkah laku kaumnya sendiri dan tingkahlaku para pendatang, melihat keadaan masa hadapan. Dalam Dilema Melayu, Dr Mahathir telah mengkaji dan menganalisis sifat orang Melayu, keturunan, cara hidup dan agama mereka. Beliau telah mendedahkan segala-galanya. Dengan prakata baharu oleh penulis, buku ini masih menjadi sesuatu yang diperlukan oleh masyarakat
Last Updated @ 12/19/2011 8:30:41 AM