loading

DIVA TRIAL PACKItemID : 169428230

Our Price
RM 56.00
Shipping
RM 7 by courier to Peninsular Malaysia
RM 10 by courier to Sabah, Labuan
RM 9 by courier to Sarawak
Please select option below

X

Quantity
- +
Ship From
Perak  
Ship To
Within Malaysia ,Ship By: Others :POSLAJU
Payment Method
Internet Banking,ATM / Bank In,Bank Transfer,
Views
140
Available Quantity
5
ixoixa
Since 18 Dec 2008

Feedback Score
: 345+
Positive Feedback
: 98.32%
Total Product
: 90
WhatsApp / SMS 011 39873868
Updated : 31/05/2015
Notice Board
Item Specification
  • Report
  • Conditions : New

    Product Description


    DIVA TRIAL PACK

     

    Diva Trial Pack dilengkapi dengan rawatan asas kecantikan kulit seperti Diva Ingenue Day Cream With SPF 35, Diva Ingenue Night Repair Cream dan Diva Abluo Clay Soap yang bertindak menyingkirkan kesan cela pada permukaan wajah serta melindungi kulit wajah anda daripada kerosakan akibat sinaran UV dan pencemaran toksin seterusnya menjadikan penampilan anda lebih anggun, muda dan berseri.

    Kandungan:

    1. Diva Ingenue Day Cream With SPF 35
    2. Diva Ingenue Night Repair Cream
    3. Diva Abluo Clay Soap
    • Memperbaiki struktur kulit dengan lebih mendalam
    • Mencerahkan kulit wajah tanpa pengelupasan
    • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
    • Memperbaharui sel kulit wajah
    • Mengecilkan liang pori
    • Menyingkirkan sel kulit mati tanpa merosakkan kulit
    • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
    • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
    • Memudarkan kesan lingkaran hitam bawah mata
    • Mengatasi masalah kulit kering, kusam dan berminyak
    • Membantu merawat masalah jerawat, jeragat, parut dan bintik-bintik hitam
    • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran UV dan pencemaran toksin
    • Mengekalkan keremajaan dan kejelitaan kulit
    • Sesuai untuk kulit normal

    Diva Abluo Clay Soap

    Sodium Palmate: Sodium palmate terhasil daripada asid lemak dari sumber minyak kelapa sawit. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil dan pengemulsi yang berperanan melarutkan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan fungsi dan keberkesanannya.

    Sodium Palm Kernelate: Sodium palm kernelate merupakan garam organik yang terhasil daripada biji kelapa sawit serta berupaya memelihara kelembapan kulit.

    Palm Acid: Asid kelapa sawit terhasil daripada minyak kelapa sawit serta bertindak sebagai bahan pencuci dan pengemulsi yang melarutkan isi kandungan produk ini.

    Palm Kernel Acid: Ramuan ini adalah campuran asid lemak yang terhasil daripada minyak yang diekstrak daripada isirung kelapa sawit. Ia bertindak sebagai bahan pencuci dan pengemulsi yang melarutkan isi kandungan produk ini.

    Sodium Chloride: Sodium chloride atau lebih dikenali sebagai garam merupakan bahan bersifat antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada kulit. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.

    Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.

    Etidronic Acid: Sebatian ini merupakan agen penebal yang bertindak membentuk kandungan produk ini.

    Silt: Silt merupakan tanah liat yang sering digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan diri kerana khasiatnya untuk kecantikan kulit. Di samping membantu memperbaiki struktur kulit, silt yang kaya dengan zat galian ini juga mampu menggalakkan penghasilan sel kulit yang sihat, menyingkirkan toksin dan sebum (minyak), meningkatkan keanjalan kulit serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit seterusnya menjadikan kulit anda lebih berseri.

    Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan wajah anda.

    Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit dan tubuh.

    Methylisothiazolinone: Methylisothiazolinone merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.

    Propanediol: Selain bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan di dalam produk ini, sebatian organik ini turut berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan kulit.
    Diva Ingenue Day Cream With SPF 35

    Cyclopentasiloxane: Bahan ini merupakan sejenis silikon yang berupaya mengekalkan tahap kelembapan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.

    Dimethicone Crosspolymer: Sebatian yang terhasil daripada silikon ini berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyeimbangkan fungsi ramuan di dalam produk ini.

    Cyclohexasiloxane: Bahan ini merupakan sejenis silikon yang terhasil secara sintetik dan berupaya mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan serta garis-garis halus.

    Titanium Dioxide: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.

    Alumina: Bahan mineral yang turut dipanggil aluminium hidroksida ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinaran UV seterusnya membantu mengekalkan keremajaan dan kecantikan kulit.

    Triethoxycaprylylsilane: Triethoxycaprylylsilane berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan lain di dalam produk ini.

    Ethylhexyl Methoxycinnamate: Sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV selain mengurangkan kemunculan parut pada kulit.

    Dimethicone: Dimethicone adalah sejenis minyak silikon yang berfungsi menghaluskan permukaan kulit di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan mengekalkan kelembapan kulit anda.

    Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer: Sebatian yang terhasil daripada silikon ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan lain di dalam produk ini.

    Silica: Silica atau silikon dioksida merupakan sebatian organik yang berfungsi sebagai bahan pengawet serta mengekalkan nutrien yang terkandung di dalam produk ini.

    Phenyl Trimethicone: Phenyl trimethicone terhasil daripada silikon yang terhasil secara sintetik serta berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.

    Dimethiconol: Bahan silikon ini berperanan mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit selain mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.

    C12-15 Alkyl Benzoate: Sebatian ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan di dalam sesebuah produk seterusnya membantu menggalakkan fungsi ramuan tersebut, di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.

    Phytosteryl/Octyldodecyl Lauroyl Glutamate: Bahan ini mampu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering.

    Methyl Methacrylate Crosspolymer: Sebatian polimer ini berperanan menyerap lebihan sebum atau minyak pada permukaan kulit sekaligus membantu mengawal penghasilan jerawat.

    Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.

    Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan wajah anda.

    Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit anda.

    Caprylyl Glycol: Ia merupakan bahan silikon yang menjadikan tekstur kandungan produk ini lebih halus dan mudah untuk disapu pada permukaan kulit anda.

    Chlorphenesin: Chlorphenesin merupakan sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antikulat dan antibakteria. Oleh itu, ia sering bertindak sebagai bahan pengawet yang melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada kerosakan.

    Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.

    Iron Oxide: Iron oxide berfungsi sebagai pigmen yang menambahkan warna tertentu di dalam sesebuah produk kosmetik.

    Dimethicone/Methicone Copolymer: Sebatian ini bertindak membentuk kandungan produk ini agar ia lebih padat dan tidak mudah rosak.

    CI 77492: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.

    CI 77491: CI 77491 atau red iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.

    CI 77499: CI 77499 atau black iron oxide yang terdiri daripada ferrous-ferric oksida ini merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
    Diva Ingenue Night Repair Cream

    Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, menyingkirkan toksin, melambatkan proses penuaan serta menyegarkan lagi kulit anda.

    Cetyl Alcohol: Sebatian ini merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menggalakkan fungsi ramuan lain di dalam produk ini selain membantu menyerap kelembapan ke dalam lapisan kulit, selain melindungi kulit daripada radang.

    Glyceryl Stearate: Glyceryl stearate yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan ini berperanan sebagai bahan pengemulsi produk kosmetik dan penjagaan diri seperti losyen, krim dan minyak sapu di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.

    PEG-75 Stearate: PEG-75 Stearate merupakan ester atau sebatian kimia yang terhasil daripada asid stearic di dalam buah jarak yang berperanan sebagai emolien bagi memelihara kelembapan kulit.

    Ceteareth-20: Ceteareth adalah hasil campuran cetearyl dan stearyl alkohol yang merupakan asid lemak semulajadi bersumberkan minyak kelapa. Sebatian ini berfungsi sebagai pengemulsi yang yang melarutkan kandungan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri.

    Steareth-21: Sebatian yang terhasil daripada asid stearik ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan kandungan di dalam sesebuah produk kosmetik dan penjagaan diri.

    Butylene Glycol: Butylene glycol berfungsi sebagai bahan pelarut di dalam produk ini bagi melarutkan ramuan di dalam sesuatu produk sekaligus menggalakkan fungsi setiap ramuan lain.

    Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.

    Sodium Lactate: Ia merupakan sejenis bahan pelembap yang berupaya menggalakkan penyerapan air ke dalam lapisan kulit sekaligus mampu mengekalkan kelembapan kulit.

    Glycolic Acid: Asid glycolic merupakan antara ramuan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik kerana kebaikannya untuk kecantikan kulit. Ia terhasil daripada tebu dan tergolong dalam keluarga asid hidroksi alpha atau AHA. Asid glycolic berupaya menyingkirkan sel kulit mati bagi menyerlahkan kehalusan kulit di samping bertindak sebagai anti-penuaan bagi memelihara keremajaan kulit.

    Di samping itu, ia turut berupaya meningkatkan kecerahan kulit, memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam mahupun kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari.

    Sucrose: Sukros merupakan gula semulajadi yang bersifat higroskopik di mana ia berupaya mengekalkan tahap kelembapan kulit, di samping membantu menyingkirkan sel kulit mati serta melindungi kulit daripada toksin dan kesan pencemaran.

    Urea: Urea merupakan sebatian organik yang bertindak mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering, kasar dan merekah.

    Sodium Citrate: Sodium Citrate adalah merupakan bahan pengemulsi yang berperanan melarutkan semua ramuan di dalam produk ini.

    Malic Acid: Asid malik merupakan sejens sebatian organik yang terkandung di dalam buah epal yang berkesan untuk mencantikkan kulit. Di samping membantu merawat masalah jerawat, asid malic juga mampu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis-garis halus serta menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya meningkatkan keanjalan, kehalusan dan kelembapan kulit.

    Tartaric Acid: Ramuan yang sering ditemui di dalam tumbuh-tumbuhan ini bertindak membersihkan liang pori, mengatasi masalah pigmentasi serta membantu mengurangkan kesan parut jerawat.

    Papain: Papain merupakan sejenis enzim yang diperoleh daripada buah betik serta berupaya merawat radang, luka serta masalah kegatalan atau psoriasis.

    Sodium Carbomer: Sodium carbomer merupakan garam yang terhasil daripada carbomer serta berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang bertindak melarutkan kandungan produk ini.

    Carbomer: Ramuan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik ini berperanan memelihara kelembapan dan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan kegatalan.

    Meadowfoam Seed Oil (Limnanthes Alba): Minyak yang diekstrak dari biji tumbuhan berbunga ini kaya dengan kandungan antioksidan yang bertindak melindungi kulit daripada kerosakan dan proses penuaan di samping membantu memelihara kehalusan kulit anda.

    Sodium PCA (Asid Pyrrolidone Carboxylic): Sebatian ini merupakan asid amino yang bertindak memelihara kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar.

    Trehalose: Trehalose merupakan sejenis gula yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan mahupun kulat dan sering digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri kerana keupayaannya untuk memelihara kelembapan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang bukan sahaja mampu mencegah kerosakan sel, malah turut berupaya mengekalkan keremajaan kulit anda.

    Polyquternium-51: Polyquaternium-10 merupakan sejenis polimer selulosa yang berfungsi sebagai bahan pelembap di samping membantu menaikkan seri kulit anda.

    Triacetin: Triacetin atau glycerol triacetate bertindak sebagai bahan pelarut di samping membantu mengekalkan kelembapan kandungan produk ini.

    Sodium Hyaluronate: Bahan yang merupakan garam atau sodium kepada asid hyaluron ini bertindak meningkatkan kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering. Di samping itu, ia juga berupaya melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit bagi mengekalkan keremajaan kulit anda.

    Sel Stem Epal (Malus Domestica): Sel stem merupakan sejenis sel tubuh yang mampu memperbaharui dirinya sendiri sekaligus menggalakkan fungsinya di segenap sel tubuh badan anda. Sel stem yang terkandung di dalam buah epal berupaya mencegah proses penuaan dan penghasilan kedutan pada wajah di samping melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat.

    Gam Xanthan: Gam Xanthan merupakan karbohidrat yang berasaskan gula serta berfungsi sebagai bahan penstabil dan pelikat bagi produk penjagaan diri di samping menggalakkan fungsi semua bahan lain dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.

    Lecithin: Lecithin merupakan sejenis lemak yang terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.

    Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.

    Polymethyl Methacrylate: Sebatian ini terhasil daripada bahan organik methyl methacrylate serta berperanan melindungi permukaan kulit wajah anda daripada pancaran radiasi UV.

    Dimethicone: Dimethicone adalah sejenis minyak silikon yang berfungsi menghaluskan permukaan kulit di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan mengekalkan kelembapan kulit anda.

    Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut dan radang. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.

    Cyclopentasiloxane: Bahan ini merupakan sejenis silikon yang berupaya mengekalkan tahap kelembapan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.

    C10-30 Cholestrol/Lanosterol Ester: Campuran asid lemak ini bertindak sebagai bahan pengemulasi yang melarutkan kandungan produk ini di samping berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit anda.

    Pentylene Glycol: Pentylene glycol merupakan bahan sintetik yang bersifat antikulat serta berupaya melindungi isi kandungan produk ini daripada kerosakan di samping membantu melembapkan kulit dari dalam.

    Achillea Millefolium: Tumbuhan berbunga yang dikenali sebagai yarrow ini mempunyai sifat astringen yang bertindak mengecutkan dan menegangkan tisu tubuh dan kulit. Malah, ia turut berupaya merawat masalah kulit seperti radang serta dapat membantu menentang jangkitan bakteria yang mengakibatkan kerosakan pada kulit anda.

    Phytosteryl/Octyldodecyl Lauroyl Glutamate: Bahan ini mampu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering.

    Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.

    Proteoglycan Larut Air: Sebatian ini merupakan sejenis protein yang berupaya menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya menyerlahkan keremajaan kulit anda.

    Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.

    Lavender (Lavandula Angustifolia): Selain berperanan penting dalam rawatan aromaterapi, bunga lavender yang bersifat antiseptik dan antiradang ini juga berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat dan eczema, menegangkan kulit serta membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.

    Caprylyl Glycol: Ia merupakan bahan silikon yang menjadikan tekstur kandungan produk ini lebih halus dan mudah untuk disapu pada permukaan kulit anda.

    Chlorphenesin: Chlorphenesin merupakan sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antikulat dan antibakteria. Oleh itu, ia sering bertindak sebagai bahan pengawet yang melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada kerosakan.

    Siang:

    1. Cuci wajah dengan Diva Abluo Clay Soap.
    2. Sapu dan ratakan Diva Ingenue Day Cream pada permukaan kulit wajah dan leher

    Malam:

    1. Cuci wajah dengan Diva Abluo Clay Soap.
    2. Sapu dan ratakan Diva Ingenue Night Repair Cream pada permukaan kulit wajah dan leher.




    Questions & Answers   Ask Seller

    Recently Viewed Items


    SILA SMS 011 39873868 @ EMAIL ( ixoixa@gmail.com) SEKIRANYA INGIN MEMBUAT PEMBELIAN ,TETAPI TIADA AKAUN DILELONG...

    Penghantaran melalui pos laju. 2-3 hari hari bekerja.

    Tracking no. bungkusan akan diberikan kepada Tuan / Puan

    http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp

    Kos penghantaran adalah adalah merangkumi segala aspek dalam urusan admin.

    PRODUK ADALAH UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI.

     

    JAUHI ZINA...

     

     

    Berusaha dan bertawakal

    Questions & AnswersDo you have any questions to ask merchant about this product   Ask Seller

    Related Products

    ixoixa' Best Seller

    ixoixa' Items




    Note : The seller assumes all responsibility for listing this item. Please contact the seller to resolve any questions before or after purchasing the item. Currency is RM (Ringgit Malaysia) unless otherwise noted.
    Back to Top
    lelong class
     
    subscribe
    Copyright © 2016 Interbase Resources Sdn. Bhd. (465435-U). All product names are trademarks of their respective companies.
    Lelong.my is not affiliated with or endorsed by any company listed on this site.
      Follow us : facebook       Our Partner : paypal
    Our Affiliates : Lmall.my | Superbuy.my | Pretty.my