|
Sinopsis
ANIS SARINA hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia
bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman
kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah
flat.
Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian.
Pertemuannya dengan pemuda yang bernama Danny dan Joe membuatkan
hidupnya tunggang langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada
pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.
"Dia handsome lah…cair hati aku."
"Handsome macam mana pun, bukan mata kau
seorang aje yang nampak tau. Berduyun lagi girls dalam Kuala
Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang,
sudahlah."
"Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak
kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu
cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta
pandang pertama.” Dia menyembamkan muka ke tilam, malu
pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang
lain…mana nak letak muka?
"Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau
tak pasti. Entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni,"
bebel Joe lagi. Wajahnya makin garang.
Darah Anis menyirap. "Danny lelaki baiklah,
kalau kau tak kenal, janganlah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah
kau tu baik sangat."
Joe menggeleng. "Sudahlah, dah nak senja.
Naiklah cepat."
"Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik
bila senja ha? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?"
Anis makin menyinga. Maria terlopong.
Joe mengangkat bahu. "Aku tak paksa. Kalau
kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh." Joe berpaling
dan melangkah balik ke kafenya dengan muka yang merah padam.
Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap
langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu
jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee…
hatinya membentak.
Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri
itu? Mampukah Anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa
Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan
mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti
cinta yang mesti diselesaikan…. Siapakah yang akan bahagia?? |