| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Remove banner from my ads, Click here | |
|
GERAKAN ISLAM TRADISIONAL DI MALAYSIA
Penulis; Abdul Rahman Hj. Abdullah Penerbit; Karisma Publications Tahun; 2007 Halaman; 212 Sinopsis Buku ini membahas tentang gerakan Islam yang bercorak tradisional di Malaysia, khususnya kepada kumpulan Jamaat Tabligh dan Darul Arqam. Kajian terhadap kedua-dua gerakan ini penting sekali dilakukan, bukan sahaja kerana pengaruhnya yang besar, bahkan juga untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangannya. Atau, kalau mungkin, untuk mengetahui kebenaran dan kebatilannya. Sebagai sebuah kajian, penulis seberapa bolehnya cuba mendedahkan hakikat dan kenyataan, berasaskan fakta dan data yang diperolehi daripada sumber mereka sendiri, iaitu yang menjadi pegangan atau yang ditulis oleh para pendukung gerakan tersebut. Bahagian pertama membincangkan tentang gerakan tradisionalisme konservatif, manakala bahagian kedua membincangkan tentang gerakan tradisionalisme progresif. Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) Propinsi Daerah Istimewa Acheh dan Kenyataan Ketua Pengarah Pusat Islam, Malaysia turut dimuatkan. |
| Seller accept the following payment: | |||||||
|
![]() |