| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Remove banner from my ads, Click here | |
|
Interaksi Harta Dalam Al–Quran: Pengertian, Pengumpulan dan Pemanfaatan
Pengarang : Yahaya Jusoh, Azhar Muhammad Tahun ; 2005 ISBN 983-52-0365-2 Halaman ; 140 muka surat SINOPSIS Buku ini membincangkan konsep harta atau ‘al–Mal’ mengikut perspektif al–Quran. Al–Quran menegaskan bahawa harta adalah hak milik Allah secara mutlak yang diamanahkan kepada manusia sebagai hamba dan khalifah–Nya untuk memastikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Pengertian harta dihurai berdasarkan kepada istilah yang digunakan dalam al-Quran. Kepelbagaian istilah yang membawa maksud harta dalam al-Quran memperlihatkan kepentingan harta dan kegunaannya mengikut situasi yang berbeza dalam kehidupan manusia. Pengumpulan dan pemanfaatan harta menjelaskan prosedur dan peraturan yang mesti diikuti oleh manusia ketika mencari dan menggunakan harta. Interaksi al–Quran mengenai harta diharap memberikan gambaran dan panduan kepada umum mengenai persoalan harta, cara pengumpulan dan pemanfaatannya dalam kehidupan harian mengikut etika yang ditetapkan dalam al–Quran. Buku ini sesuai sebagai rujukan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, khususnya dalam bidang ekonomi Islam dan juga pembaca yang berminat untuk meneliti kaedah tafsir tematik (Maudu’i) yang mengelaskan interaksi harta dalam al–Quran. KANDUNGAN Prakata BAB 1 KEPERLUAN KEPADA HARTA Pengenalan Harta Harta dalam Al–Quran BAB 2 PENGERTIAN HARTA Konsep Harta Perkataan Mâl dalam Al–Quran Kepelbagaian Maksud Perkataan Mâl Perkataan Mâl Perkataan al–Mâl Perkataan Mâlân Perkataan Mâluhu Perkataan Mâliyah Perkataan Amwâl Perkataan al–Amwâl Perkataan Amwâlân Perkataan Amwâlakum Perkataan Amwâlunâ Perkataan Amwâluhum BAB 3 KRITERIA HARTA Harta Dapat Dikumpul Cara Pengumpulan Harta Harta Dapat Dimiliki Harta Milik Allah Harta Milik Individu Harta Milik Masyarakat Harta Dapat Dinilai Harta Dapat Dimanfaatkan Interaksi Pengenalan Harta BAB 4 PENGUMPULAN HARTA Usaha Pengumpulan Harta Eksplorasi Sumber Alam Pertanian Penternakan Perlombongan Perniagaan Pemberian Sedekah Zakat Ghanimah Fai’ Jizyah Harta Warisan (Mirath) Interaksi Pengumpulan Harta BAB 5 PEMANFAATAN HARTA Individu Keluarga Masyarakat Golongan Pemerintah Golongan Rakyat Orang Fakir Orang Miskin Anak Yatim Orang Bertunang Jiran Rakan Muallaf Ibnu Sabil Hamba Tawanan Orang yang Berusaha pada Jalan Allah Interaksi Pemanfaatan Harta Penutup |
| Seller accept the following payment: | |||||||
|
![]() |