| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Remove banner from my ads, Click here | |
|
Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis)
Penyelidikan merupakan cara kita mencari kebenaran. Kita berusaha dengan menggunakan kaedah penyelidikan saintifik untuk menjelaskan pelbagai gejala dan permasalahan serta menemukan sebab-musabab yang sebenamya wujud daripada rentetan akibat. Ketika kita menghadapi permasalahan dan dengan cara yang sistematik berusaha menyelesaikan permasalahan itu, ini dikatakan kita berada di tengah-tengah permasalahan ilmiah dan menggunakan kaedah penyelesaian yang bersifat ilmiah. Kalau kita hanya mengumpul keterangan dan berusaha mengklasifikasi keterangan tersebut, ini dikatakan kita baru berada di pinggir penyelidikan ilmiah. Pada tahap ini kita mengambil sikap statik. Sebaliknya, kalau kita berusaha menyusun teori dan kaedah pendekatan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, kita sebenarnya berada di tengah-tengah permasalahan ilmiah. Pada tahap ini kita mengambil sikap dinamik iaitu berusaha menemukan sifat umum yang dapat dianggap sebagai kaedah, da1i1 atau keumuman terhadap fenomena yang berada dalam bidang yang diselidiki. Penemuan itu dapat dirumuskan sebagai teori untuk menyelesaikan permasalahan. Daripada penjelasan tersebut, orang yang menjalani penyelidikan i1miah sewajamya berusaha menemui perumusan tentang pelbagai pengertian yang saling berkaitan dengan fenomena yang diselidiki. Melalui pengertian tentang hubungan itu pula, dapat diadakan ramalan atau kawalan terhadap fenomena tersebut.
Bab 1 PENYELIDIKAN DAN LIPUTANNYA
Bab 2 PERANCANGANDAN STRATEGI PENYELIDIKAN
Bab 3 REKA BENTUK PENYELIDIKAN
Bab 4 PENENTUAN TUJUAN PENYELIDIKAN DAN HIPOTESIS
Bab 5 PENILAIAN KAJIAN BERKAITAN (TINJAUAN LITERATUR)
Bab 6 PERMASALAHAN DAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN
Bab 7 SAMPEL DAN KAEDAH PERSAMPELAN
Bab 8 INSTRUMEN DAN PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Bab 9 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
Bab 10 VARIABEL DAN SKALA PENGUKURAN
Bab 11 PANDUAN (FORMAT) PENULISAN
Bab 12 PANDUAN BAHASA
Bab 13 KESERAGAMAN GAYA PENERBITAN Last Updated @ 1/24/2012 1:22:06 PM |
| Seller accept the following payment: | |||||||
|
![]() |