|
Sinopsis
Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan
bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan
kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong
ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis,
hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari
melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap
prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta
kepadanya.
Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi
dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun,
ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila
dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam
perkahwinan.
Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi?
Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab
lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya?
Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu
dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya
bersama suami tercinta? ? |