Advertise Here
This item has ended.

KERIS NAGA GADING PAMOR AYER LINTANG
KERIS BERDIRI NAGA GADING BERLUK 7 HULU GADING GAJAH ASLI LELONG RM1..
Current Price : RM 501.00 (Standard Auction) Condition : New
Main > Arts, Antiques & Collectibles > Misc Collectibles
Description Biding Closed Q & A (0) Auction Info Current Bidder (132) Payment & Shipping

Product Description for KERIS BERDIRI NAGA GADING BERLUK 7 HULU GADING GAJAH ASLI LELONG RM1..







KERIS NAGA GADING ASLI PAMOR BULU AYAM

HULU GADING GAJAH ASLI

BERLUK 7

UNTUK DILELONG RM1.00 sahaja

QUICKGRAB RM7000 

 

 

KERIS NAGA GADING PAMOR BULU AYAM BERLUK 7 HULU GADING GAJAH ASLI

 

Koleksi kris ini adalah koleksi peribadi saya sebagai kolektor item antik dan unik saya ada dua bilah keris seumpama ini dengan hulu gading gajah asli yang dibeli sekali dan dipotong 2 keunikan hulunya menjadikan keris ini unik dan satu-satunya keris seumpamanya di Malaysia mahupun di indonesia..ini kerana sukarnya untuk mendapatkan gading asli yang harganya sudah pasti di ketahui umum..gading gajah adalah suatu metafora akan kegagahan dan keberanian yang dapat diwujudkan maujudnya keris ini dan menjadikan ianya kelihatan berazimat dan kukuh keadaannya dan disokong lagi dengan luk 7 yang juga kita kenali lengkapnya mata itu dengan 7 rasa dan 7 naluri..harga pasaran kini untuk keris seumpanya dianggarkan sekitar RM10,000,dan berbaloi sekiranya anda menjadikan lelongan ini untuk koleksi simpanan dan pelaburan untuk masa depan..

 

Keris Jawa ini ditempa khas oleh tukang keris dari tanah jawa sejarah awalnya keris ini dihasilkan untuk hulubalang dizaman kesultanan raja-raja jawa 500 tahun sebelum masihi.Penggunaan motif fauna pada keris seperti ular senduk dan naga merupakan metafora kuasa alam semulajadi yang menggambarkan kekuatan dan semangat kesatriaan pada zaman itu.

Keunikan ukiran hulu dan sarungnya yang begitu halus mewujudkan suatu penghasilan seni ukiran masyarakat jawa yang begitu terkenal sehingga kini.Keris berluk 13 ini merupakan keris panjang yang sesuai digunakan untuk peperangan dan bukan untuk bermegah-megah atau dijadikan hiasan semata-mata ini kerana matanya yang ditempa bersama 3 jenis besi iaitu besi semangka tunggal,besi lintah hitam dan tembaga putih yang kuat dan sukar didapati pada zaman moden ini.

Si penukang cuba meniru hasilan keris seumpama keris zaman silam yang sebenarnya.Sarungnya dari kayu rasuk teras memantapkan lagi kekukuhan keris ini yang mana begitu keras dan tahan ditelan zaman sesuai dijadikan warisan keanak cucu.

Pamor Ayer Lintang dihasilkan dengan Lipatan tempaan sebanyak 12 kali menghasilkan alur yang cukup halus dan lembut kontras dengan kerasnya besi yang digunakan mewujudkan kesinambungan kesenian halus yang kukuh dan mantap.

Mata keris di pupuk selama 7 hari menggunakan buah betik,batang pisang dan air limau nipis untuk manaikkan lagi alur pamor lapisan besi.Manakala pendokok tembaga berbatu dijadikan kemasan leher hulu.Keseluruhan hasilan keris ini merupakan jelmaan rekaan keris asli jawa zaman dahulu yang dihasilkan di zaman moden ini dan sesuai dijadikan sebagai koleksi peribadi.

 

 

 

 

 

 

RINGKASAN KETERANGAN

 

Keris Jawa ini ditempa khas oleh tukang keris dari tanah jawa.

 

Sejarah awalnya keris ini dihasilkan untuk hulubalang dizaman kesultanan raja-raja jawa.

 

Motif fauna pada keris seperti ular senduk dan naga merupakan metafora kuasa

alam semulajadi.

 

Matanya yang ditempa bersama 3 jenis besi iaitu besi semangka tunggal,besi lintah

hitam dan tembaga putih.

 

Pamor Ayer Lintang dihasilkan dengan Lipatan tempaan sebanyak 12 kali.

 

Pendokok tembaga berbatu dijadikan kemasan leher hulu.

 

 

Mengapa anda perlu Bida keris ini:

 

1.Keris ini dihasilkan dengan tangan sepenuhnya,dan kualitinya dijamin.Saiznya

yang besar dan panjang sehingga 24inci..Dan yang paling penting ianya masih tiada

pemilik..(tidak perlu maskawin hanya bida sahaja)

 

2.Keris ini terhad penghasilannya tukang yang menghasilkannya hanya mengikut

permintaan semasa.Saya hanya mempunyai 2 bilah setakat ini…yang lain masih

dalam tempahan…

 

3.Tiada reserve price

 

4

Auction Details
Auction Type : Auction
Start Price :RM 1.00 
Bid Increment :RM 1.00 
No of Bids :132 (View Current Bidder) 
Highest Bid :RM 501.00
Highest Bidder :qsk 
Duration :8 day(s)
Start Date :3/12/2010 9:07:00 AM
Close Date :3/20/2010 2:15:00 AM
Time Left :Closed
Quantity :1
Item ID :56186523
View :366 times
Reserve Price :(No Reserve) ( what's this )
  
Seller & Related Information
Seller :niksakura78 SMS Seller     Contact Seller
Seller Status :    What's This?
Seller Rating : (40513: 718+,100%) View Profile
Help & FAQ Shop for Seller's Other Items
Help > How to Bid Items Q & A (0)
Help > How to Sell Rate This Seller
Help > More Help 
  Add to My WatchList
  
  
  
Code/ISBN/SKU :LUK 7 
Notes:This is a QuickGrab Item
  
  
Shipping & Payment 
Shipping Method :POS Laju,Others :, SKYNET 
Who Pays Shipping Cost:Buyer Pays  
Estimated Shipping Cost:
Peninsular Malaysia :RM 68
Sabah, Labuan :RM 78
Sarawak :RM 78
Item Weight / Volumetric Weight : 1.5KG
Item Location : Selangor    View items from same state
Will Ship To: Within Malaysia
Payment Method: Maybank2U, ATM Bank In, TT / Wire, SafeTrade , Others :, CIMBCLICKS

Our Affiliates: Sulit | Superbuy

KERIS BERDIRI NAGA GADING BERLUK 7 HULU GADING GAJAH ASLI LELONG RM1.. (Selangor, end time 3/20/2010 2:15:00 AM MYT)