| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Remove banner from my ads, Click here | |
|
Maslahah dalam Perundangan Hukum Syarak
Pengarang: Selamat Hashim Tahun: 2010 ISBN 978-983-52-0733-4 Halaman: 104 muka surat Penerbit; Penerbit UTM SINOPSIS MASLAHAH DALAM PERUNDANGAN HUKUM SYARAK menjelaskan kedudukan hukum fiqh dalam urusan seharian. Tujuan perundangan hukum syarak adalah untuk menjaga kepentingan manusia, bukan untuk menyusahkan mereka. Keseluruhan bab dalam buku ini menyentuh konsep maslahah, iaitu kebaikan. Lima perkara daruriyat adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup manusia. Dihuraikan juga tentang hukum syarak yang membincangkan hak Allah dan hak mukalaf. Selanjutnya dijelaskan zari’ah sebagai sumber untuk menetapkan sesuatu hukum syarak. Melalui zari’ah dapat ditentukan sesuatu tindakan itu betul atau salah. Para ulama menjadikan zari’ah sebagai sumber untuk menetapkan sesuatu hukum syarak, iaitu dengan membuat penilaian terhadap kesan dan akibat sesuatu perbuatan. Menggunakan dasar zari’ah umat Islam dilarang mencerca barang sembahan orang bukan Islam bagi mengelakkan tindak balas orang bukan Islam terhadap Islam. Dalam masalah fatwa, buku ini mengkhususkan satu bab dengan menjelaskan bahawa mufti adalah pembimbing yang memimpin umat Islam ke arah kebenaran. Fatwanya merupakan asas menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kewajiban masyarakat Islam merujuk kepada orang yang berkelayakan untuk menjelaskan hukum Syarak. Akhir sekali buku ini menjelaskan secara ringkas mengenai perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Umat Islam kekurangan maklumat mengapa ulama fiqh terdahulu tidak sefahaman dalam memutuskan hukum sesuatu masalah. Sejarah membuktikan setengah ulama fiqh tidak hidup pada satu masa yang sama. KANDUNGAN Prakata Kata Pengantar Pendahuluan BAB 1 FIQH, USUL FIQH DAN KAEDAH FIQHIYAH Pendahuluan Pengertian Fiqh Mauduk Perbincangan Fiqh Ciri Keistimewaan Fiqh Islam Mengamalkan Fiqh Satu Kemestian Beramal dengan Fiqh Usul Fiqh Perbezaan Fiqh dengan Usul Fiqh Kaedah Fiqhiyah BAB 2 TUJUAN PERUNDANGAN HUKUM SYARAK Pendahuluan Maslahah Melindungi Perkara Daruriyat Melindungi Perkara Hajiyat Melindungi Perkara Tahsiniyat Susunan Hukum Syarak Dasar Jauhi yang Memudaratkan Dasar Menghilangkan yang Menyusahkan BAB 3 HAK ALLAH DAN HAK MUKALAF Pendahuluan Pengertian Hak Allah Hak Mukalaf Hak Allah Mengatasi Hak Mukalaf Mengatasi Hukum Hudud Kesimpulan BAB 4 KONSEP MASLAHAH Pendahuluan Jenis Maslahah Hujah Menerima Maslahah Mursalah Syarat Berhujah dengan Maslahah Mursalah BAB 5 KONSEP ZARI’AH Pendahuluan Kewajipan Sokongan Dasar Penggunaan Zari’ah Zari’ah dalam Al–Quran Zari’ah dalam Hadis Kesan dan Akibat Sesuatu Perbuatan Kedudukan Zari’ah dalam Fiqh Islam Zari’ah Menurut Imam Mazhab BAB 6 MENGELUARKAN FATWA Pendahuluan Syarat Menjadi Mufti Fatwa untuk Kebaikan Tidak Cukup Syarat Ijtihad Sikap Tolak Ansur Syarat mengikut Pendapat Ulama Beramal dengan Fatwa Sendiri Berhati-hati Mengeluarkan Fatwa Mengeluarkan Fatwa Tugas Mulia |
| Seller accept the following payment: | |||||||
|
![]() |