|
Sinopsis
Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang
tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!
Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi!
Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, Yoep dan abang ngah
termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak
pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia
bertemu dengan Adam Harith.
Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini
bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya
tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu
macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam
ataupun awak.”
Adam Harith seorang lelaki yang bercita-cita
tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung
kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya
terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan
Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul
Irfan juga meminati perempuan yang sama.
Adam Harith : "Nak ajak kahwin saja pun
susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak
sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang?
Dua orang serentak menyayangi awak?"
Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented.
Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan
cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.
Amirul Irfan : "Awak ni memang degil lah
Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya
pun boleh juga. Kita tengok nanti...”
Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapakah
yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha? |