|
Sinopsis
MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian
mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia
tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar.
Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu,
‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara
dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.
Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki
itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit
cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United
Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati
kerana di tanah air sudah ada yang merindu. Tanpa diduga, sekali
lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi
Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya
berdusta dalam bercinta.
Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang
membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak pernah jemu
merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah
tangga Hijaz dan Nuril? ? |