
Feature available to Store Members
Sejarah Ikhtilaf Mazhab di Malaysia
Penulis; Abdul Rahman Hj.Abdullah
Penerbit; Karisma Publications
Halaman; 343
Tahun; 2010
Sinopsis
Gerakan tajdid (pembaharuan) atau islah (perbaikan) dalam sejarah pemikiran telah menyebabkan tercetus konflik dan khilafiah agama dengan golongan tradisional. Di Malaysia, sejak sekian lama umat Islam telah dihadapkan dengan isu-isu khilafiah agama, khususnya dalam bidang Fiqh seumpama masalah usalli, talqin, qunut, jumlah rakaat dalam solat terawih, dan lain-lain lagi.
Kontroversi dalam persoalan agama ini tidak pernah selesai dalam kalangan golongan tradisional dan golongan reformis. Dalam usaha menjejaki latar belakang konflik dan kontroversi mazhab ini, penulis telah menyusun risalah tentang sejarah dan pemikiran tajdid atau islah di Malaysia, agar para pembaca dapat memahami arah perjuangannya serta titik-titik perbezaannya dengan aliran tradisional mengenai isu-isu khilafiah tersebut.
Bahagian pertama buku ini membahas perkembangan terlebih dahulu tentang latar belakang sejarah gerakan islah. Bahagian kedua pula membahaskan secara menyeluruh gerakan tajdid atau islah di Malaysia. Manakala di bahagian ketiga membahaskan secara khusus perkembangannya di Perlis, iaitu satui-satunya negeri yang secara rasmi dalam Perlembagaan Negerinya mendaulatkan ajaran islah dan menolak amalan bermazhab (Syafie).
Last Updated @ 5/24/2012 10:21:03 PM