|
Memperkenalkan
"Keajaiban Syamil Al Quran 15 Dalam 1"
Ukuran: A4
Halaman: 1,264 mukasurat
Berat: 2.5 kg
Kulit: Hardcover
Kelebihan & Ciri Al Quran ini
|
1. AL QURAN TERJEMAHAN PER KATA
Syamil Terjemahan Al Quran Per Kata adalah Al Quran terjemahan perkata yang menampilkan erti setiap kata dalam Al Quran (dalam Bahasa Indonesia) yang diletak tepat di bawah perkataan tersebut.
Syamil Terjemahan Al Quran Per Kata berfungsi sebagai Al Quran Tarbiyyah mengenalkan, membimbing dan memudahkan anda untuk belajar dan menguasai bahasa Al Quran.
Kelebihannya : Anda akan cepat memahami erti setiap ayat yang dibaca walaupun anda tidak membaca terjemahannya secara langsung. |
 |
2. TERJEMAHAN JABATAN AGAMA
Versi terbaru terjemah Al Quran rasmi Jabatan Agama RI (Republik Indonesia) sebagai rujukan agama penterjemahan Al Quran. Terjemahan ini di tashih dengan cermat dan teliti oleh Lajnah Pentashih Mushaf Al Quran yang dikeluarkan tahun 2004. Terjemahan ini memberi kemudahan kepada anda dalam memahami makna dari setiap ayat yang dibaca. |
|
3. TAJWID SISTEM QUANTUM READING AL QURAN
Kaedah pewarnaan tajwid yang digunakan dalam Syamil Al Quran merupakan kaedah yang praktik dan sistematik. Ini kerana :
a) Menggunakan Khat Rasm Utsmani yang relatif bagus dan rapi dan disesuaikan mengikut standard Jabatan Agama RI.
b) Pewarnaan tajwid hanya menggunakan 4 warna utama - biru, merah, hijau dan hitam. Masing-masing warna menandakan fungsi yang berbeza bagi membantu anda dalam melantunkan ayat-ayat Al Quran secara tartil. Ini memudahkan lagi pembacaan sesuai dengan ilmu tajwid.
c) Pewarnaan tajwid mengikut prinsip-prinsip Quantum Learning (Dibantu dengan VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Quran - QRQ) |
 |
4. PANDUAN HUKUM TAJWID
Panduan Hukum Tajwid ini diletakkan pada setiap halaman. Bertujuan untuk memudahkan anda melihat kembali aturan tajwid QRQ sehingga anda dapat membaca Al Quran secara tartil. Ia diletakkan di bawah sekali bahagian halaman. |
 |
5. VCD TUTORIAL SISTEM QRQ
Quantum Reading Quran (QRQ) merupakan kaedah belajar Al Quran yang paling praktik ketika ini. Kaedah ini sangat membantu dan memudahkan anda dalam melantunkan Al Quran dengan bacaan yang tartil.
3 bahagian penting dalam VCD ini :
a) Bagaimana caranya anda boleh membaca dalam mad dan ghunnah secara konsisten.
b) Bagaimana caranya anda boleh fasih dalam pengucapan huruf-huruf hijaiyah, sesuai dengan makhraj huruf.
c) Bagaimana caranya anda boleh menguasai dan mampu melafazkan ayat-ayat garibah (ayat-ayat langka) secara baik dan betul. |
 |
6. TAFSIR AL MUYASSAR
Memiliki ciri-ciri :
a) Menggunakan pentafsiran bil ma'sur dengan memilih riwayat yang sohih.
b) Memilih kata dan bahasa yang praktis serta mudah difahami.
c) Padat dan ringkas - tiada pengulangan bacaan
d) Merujuk Qiraah Hafs bin Asim
e) Tidak kelihatan perbezaan qiraat atau perbezaan struktur bahasa.
f) Membiarkan kata-kata baku yang tidak dapat diterjemahkan.
g) Memunjulkan dari kandungan ayat-ayat berkait aturan dan hukum islam.. |
 |
7. ASBABUNNUZUL (SEBAB TURUN AYAT)
Disusun mengikut :
a) Disusun berdasarkan lembar dari salah satu ayat atau beberapa ayat yang terkait.
b) Mengutamakan periwayatan yang lebih tepat dengan memerhatikan matan dari kandungan riwayat tersebut.
c) Sumber rujukan utama adalah kitab "Lubabunnuqul Fi Asbabinnuzul" karya Jalaluddin As-Sayuthi dan kitab "Asbabunnuzul" Al-Wahidi.
d) Perbagai sumber-sumber dari kitab-kitab lain. |
 |
8. DOA-DOA DALAM AL QURAN
Syaamil Al Quran ini telah menandakan di mana terdapatnya doa-doa di dalam Al Quran. Ini memudahkan anda mengamalkan doa-doa tersebut. Dilengkapi tajuk doa, isi serta terjemahannya. |
 |
9. MUKJIZAT AL QURAN DAN SAQAFAH ISLAMIYYAH
Bukti-bukti kemukjizatan Al Quran dijelaskan secara sederhana bagi memudahkan anda untuk memahami keagungan Al Quran.
Saqafah Islamiyah mengandungi penjelasan khusus mengenai ayat-ayat tentang ibadah, hukum-hukum, tanda-tanda kebesaran Allah, tempat bersejarah, tokoh dan wawasan keislaman |
 |
10. INDEKS AL QURAN ALFABETIK
Indeks Al Quran ini di susun mengikut:
a) Menggunakan kaedah penyusunan kamus bahasa. Mengikut urutan kata.
b) Pencarian kata/kalimat berdasarkan pada kata asal. Contoh, anda mencari perkataan menggali, maka carinya pada kata gali. |
 |
11. ATLAS AL QURAN
Atlas ini merupakan kumpulan peta atau tempat-tempat bersejarah yang disebutkan dalam Al Quran yang dipaparkan untuk kemudahan anda dalam memperoleh gambaran besar mengenai kebenaran Al Quran. Dijelaskan nama-nama daerah tersebut sekarang dan masa lampau.
Halaman atlas ini mencakupi nama-nama negeri dan kota, kisah para tokoh sejarah dan analisis perjalannya yang disusun secara sistematis:
a) Kisah para nabi atau suatu kaum
b) Analisi berdasarkan peta
c) Lembaran peta. |
 |
12. KISAH PARA NABI DALAM AL QURAN
Kisah-kisah penuh hikmah dalam Al Quran dijelaskan secara ringkas untuk kemudahan anda. Dimulai dari perjalanan Nabi Adam hingga ke Nabi Muhammad SAW yang dilengkapi dengan kisah-kisah hikmah lainnya. |
 |
13. ZIKIR AL MATSURAT
Al Matsurat merupakan kumpulan wirid yang merupan ayat-ayat pilihan dan lafaz-lafaz dari hadis Rasulullah SAW yang biasa beliau amalakn dalam wiridnya. |
 |
14. INTISARI AYAT
Intisari ayat mengandungi penekanan penting salah satu ayat dari tiap halamn yang dibaca. Ini dapat memberi satu gambaran mengenai halaman yang dibaca. |
 |
15. LINKS TO RELATED ARTICLES
Petunjuk-petunjuk untuk mempelajari lebih dalam tajuk perbahasan yang sedang dibaca bagi memahami dengan lebih mendalam. |
 |